Riwayat Hidup Imam Syafi’i
Nama dan Keturunan Imam Al-Shafi’i
Nama beliau ialah Muhammad bin Idris bin Al-‘Abbas bin ‘Uthman bin Shafi’ bin
Al-Saib bin ‘Ubaid bin Yazid bin Hashim bin ‘Abd al-Muttalib bin ’Abd Manaf bin
Ma’n bin Kilab bin Murrah bin Lu’i bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Al-Nadr bin
Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilias bin Al-Nadr bin Nizar bin Ma’d bin
‘Adnan bin Ud bin Udad.
Keturunan beliau bertemu dengan titisan keturunan Rasulullah s.a.w pada ‘Abd
Manaf. Ibunya berasal dari Kabilah Al-Azd, satu kabilah Yaman yang masyhur.
Penghijrahan ke Palestine
Sebelum beliau dilahirkan, keluarganya telah berpindah ke Palestine kerana
beberapa keperluan dan bapanya terlibat di dalam angkatan tentera yang
ditugaskan untuk mengawal perbatasan Islam di sana.
Kelahiran dan Kehidupannya
Menurut pendapat yang masyhur, beliau dilahirkan di Ghazzah – Palestine pada
tahun 150 Hijrah. Tidak lama sesudah beliau dilahirkan bapanya meninggal
dunia. Tinggallah beliau bersama-sama ibunya sebagai seorang anak yatim.
Kehidupan masa kecilnya dilalui dengan serba kekurangan dan kesulitan.
PENGEMBARAAN IMAM AL-SHAFI’I
Hidup Imam As-Shafi’i (150H – 204H ) merupakan satu siri pengembaraan yang
tersusun di dalam bentuk yang sungguh menarik dan amat berkesan terhadap
pembentukan kriteria ilmiah dan popularitinya.
Al-Shafi’i di Makkah ( 152H – 164H )
Pengembaraan beliau bermula sejak beliau berumur dua tahun lagi (152H),
ketika itu beliau dibawa oleh ibunya berpindah dari tempat kelahirannya iaitu dari
Ghazzah, Palestine ke Kota Makkah untuk hidup bersama kaum keluarganya di
sana.
Di kota Makkah kehidupan beliau tidak tetap kerana beliau dihantar ke
perkampungan Bani Huzail, menurut tradisi bangsa Arab ketika itu bahawa
penghantaran anak-anak muda mereka ke perkampungan tersebut dapat
mewarisi kemahiran bahasa ibunda mereka dari sumber asalnya yang belum lagi
terpengaruh dengan integrasi bahasa-bahasa asing seperti bahasa Parsi dan
sebagainya. Satu perkara lagi adalah supaya pemuda mereka dapat dibekalkan
dengan Al-Furusiyyah (Latihan Perang Berkuda). Kehidupan beliau di peringkat
ini mengambil masa dua belas tahun ( 152 – 164H ).
Sebagai hasil dari usahanya, beliau telah mahir dalam ilmu bahasa dan sejarah
di samping ilmu-ilmu yang berhubung dengan Al-Quran dan Al-Hadith. Selepas
pulang dari perkampungan itu beliau meneruskan usaha pembelajarannya
dengan beberapa mahaguru di Kota Makkah sehingga beliau menjadi terkenal.
Dengan kecerdikan dan kemampuan ilmiahnya beliau telah dapat menarik
perhatian seorang mahagurunya iaitu Muslim bin Khalid Al-Zinji yang
mengizinkannya untuk berfatwa sedangkan umur beliau masih lagi di peringkat
remaja iaitu lima belas tahun.
Al-Shafi’i di Madinah ( 164H – 179H )
Sesudah itu beliau berpindah ke Madinah dan menemui Imam Malik. Beliau
berdamping dengan Imam Malik di samping mempelajari ilmunya sehinggalah
Imam Malik wafat pada tahun 179H, iaitu selama lima belas tahun.
Semasa beliau bersama Imam Malik hubungan beliau dengan ulama-ulama lain
yang menetap di kota itu dan juga yang datang dari luar berjalan dengan baik
dan berfaedah. Dari sini dapatlah difahami bahawa beliau semasa di Madinah
telah dapat mewarisi ilmu bukan saja dari Imam Malik tetapi juga dari ulamaulama
lain yang terkenal di kota itu.
Al-Shafi’i di Yaman ( 179H – 184H )
Apabila Imam Malik wafat pada tahun 179H, kota Madinah diziarahi oleh
Gabenor Yaman. Beliau telah dicadangkan oleh sebahagian orang-orang
Qurasyh Al-Madinah supaya mencari pekerjaan bagi Al-Shafi’i. Lalu beliau
melantiknya menjalankan satu pekerjaan di wilayah Najran.
Sejak itu Al-Shafi’i terus menetap di Yaman sehingga berlaku pertukaran
Gabenor wilayah itu pada tahun 184H. Pada tahun itu satu fitnah ditimbulkan
terhadap diri Al-Shafi’i sehingga beliau dihadapkan ke hadapan Harun Al-Rashid
di Baghdad atas tuduhan Gabenor baru itu yang sering menerima kecaman Al-
Shafi’i kerana kekejaman dan kezalimannya. Tetapi ternyata bahawa beliau tidak
bersalah dan kemudiannya beliau dibebaskan.
Al-Shafi’i di Baghdad ( 184H – 186H )
Peristiwa itu walaupun secara kebetulan, tetapi membawa erti yang amat besar
kepada Al-Shafi’i kerana pertamanya, ia berpeluang menziarahi kota Baghdad
yang terkenal sebagai pusat ilmu pengetahuan dan para ilmuan pada ketika itu.
Keduanya, ia berpeluang bertemu dengan Muhammad bin Al-Hassan Al-
Shaibani, seorang tokoh Mazhab Hanafi dan sahabat karib Imam Abu Hanifah
dan lain-lain tokoh di dalam Mazhab Ahl al-Ra’y.
Dengan peristiwa itu terbukalah satu era baru dalam siri pengembaraan Al-Imam
ke kota Baghdad yang dikatakan berlaku sebanyak tiga kali sebelum beliau
berpindah ke Mesir.
Dalam pengembaraan pertama ini Al-Shafi’i tinggal di kota Baghdad sehingga
tahun 186H. Selama masa ini (184 – 186H) beliau sempat membaca kitab-kitab
Mazhab Ahl al-Ra’y dan mempelajarinya, terutamanya hasil tulisan Muhammad
bin Al-Hassan Al-Shaibani, di samping membincanginya di dalam beberapa
perdebatan ilmiah di hadapan Harun Al-Rashid sendiri.
Al-Shafi’i di Makkah ( 186H – 195H )
Pada tahun 186H, Al-Shafi’i pulang ke Makkah membawa bersamanya hasil
usahanya di Yaman dan Iraq dan beliau terus melibatkan dirinya di bidang
pengajaran. Dari sini muncullah satu bintang baru yang berkerdipan di ruang
langit Makkah membawa satu nafas baru di bidang fiqah, satu nafas yang bukan
Hijazi, dan bukan pula Iraqi dan Yamani, tetapi ia adalah gabungan dari ke
semua aliran itu.
Sejak itu menurut pendapat setengah ulama, lahirlah satu
Mazhab Fiqhi yang baru yang kemudiannya dikenali dengan Mazhab Al-Shafi’i.
Selama sembilan tahun (186 – 195H) Al-Shafi’i menghabiskan masanya di kota
suci Makkah bersama-sama para ilmuan lainnya, membahas, mengajar,
mengkaji di samping berusaha untuk melahirkan satu intisari dari beberapa aliran
dan juga persoalan yang sering bertentangan yang beliau temui selama masa
itu.
Al-Shafi’i di Baghdad ( 195H – 197H )
Dalam tahun 195H, untuk kali keduanya Al-Shafi’i berangkat ke kota Baghdad.
Keberangkatannya kali ini tidak lagi sebagai seorang yang tertuduh, tetapi
sebagai seorang alim Makkah yang sudah mempunyai personaliti dan aliran
fiqah yang tersendiri. Catatan perpindahan kali ini menunjukkan bahawa beliau
telah menetap di negara itu selama dua tahun (195 – 197H).
Di dalam masa yang singkat ini beliau berjaya menyebarkan “Method Usuli” yang
berbeza dari apa yang dikenali pada ketika itu. Penyebaran ini sudah tentu
menimbulkan satu respon dan reaksi yang luarbiasa di kalangan para ilmuan
yang kebanyakannya adalah terpengaruh dengan method Mazhab Hanafi yang
disebarkan oleh tokoh utama Mazhab itu, iaitu Muhammad bin Al-Hasan Al-
Shaibani.
Kata Al-Karabisi : “Kami sebelum ini tidak kenal apakah (istilah) Al-Kitab, Al-
Sunnah dan Al-Ijma’, sehinggalah datangnya Al-Shafi’i, beliaulah yang
menerangkan maksud Al-Kitab, Al-Sunnah dan Al-Ijma’”.
Kata Abu Thaur : “Kata Al-Shafi’i : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menyebut (di
dalam kitab-Nya) mengenai sesuatu maksud yang umum tetapi Ia menghendaki
maksudnya yang khas, dan Ia juga telah menyebut sesuatu maksud yang khas
tetapi Ia menghendaki maksudnya yang umum, dan kami (pada ketika itu) belum
lagi mengetahui perkara-perkara itu, lalu kami tanyakan beliau …”
Pada masa itu juga dikatakan beliau telah menulis kitab usulnya yang pertama
atas permintaan ‘Abdul Rahman bin Mahdi, dan juga beberapa penulisan lain
dalam bidang fiqah dan lain-lain.
Al-Shafi’i di Makkah dan Mesir ( 197H – 204H )
Sesudah dua tahun berada di Baghdad (197H) beliau kembali ke Makkah. Pada
tahun 198H, beliau keluar semula ke Baghdad dan tinggal di sana hanya
beberapa bulan sahaja. Pada awal tahun 199H, beliau berangkat ke Mesir dan
sampai ke negara itu dalam tahun itu juga. Di negara baru ini beliau menetap
sehingga ke akhir hayatnya pada tahun 204H.
FATWA-FATWA IMAM AL-SHAFI’I
Perpindahan beliau ke Mesir mengakibatkan satu perubahan besar dalam
Mazhabnya. Kesan perubahan ini melibatkan banyak fatwanya semasa beliau di
Baghdad turut sama berubah. Banyak kandungan kitab-kitab fiqahnya yang
beliau hasilkan di Baghdad disemak semula dan diubah.
Dengan ini terdapat dua
fatwa bagi As-Shafi’i, fatwa lama dan fatwa barunya. Fatwa lamanya ialah segala
fatwa yang diucapkan atau ditulisnya semasa beliau berada di Iraq, fatwa
barunya ialah fatwa yang diucapkan atau ditulisnya semasa beliau berada di
Mesir. Kadang-kadang dipanggil fatwa lamanya dengan Mazhabnya yang lama
atau Qaul Qadim dan fatwa barunya dinamakan dengan Mazhab barunya atau
Qaul Jadid.
Di sini harus kita fahami bahawa tidak kesemua fatwa barunya menyalahi fatwa
lamanya dan tidak pula kesemua fatwa lamanya dibatalkannya, malahan ada di
antara fatwa barunya yang menyalahi fatwa lamanya dan ada juga yang
bersamaan dengan yang lama. Kata Imam Al-Nawawi : “Sebenarnya sebab
dikatakan kesemua fatwa lamanya itu ditarik kembali dan tidak diamalkannya
hanyalah berdasarkan kepada ghalibnya sahaja”.
Imam As-Shafi’i pulang ke pangkuan Ilahi pada tahun 204H, tetapi
kepulangannya itu tidaklah mengakibatkan sebarang penjejasan terhadap
perkembangan aliran Fiqhi dan Usuli yang diasaskannya. Malahan asas itu
disebar dan diusaha-kembangkan oleh para sahabatnya yang berada di Al-Hijaz,
Iraq dan Mesir.
PARA SAHABAT IMAM AL-SHAFI’I
Di antara para sahabat Imam Al-Shafi’i yang terkenal di Al-Hijaz (Makkah dan Al-
Madinah) ialah :-
1. Abu Bakar Al-Hamidi, ‘Abdullah bun Al-Zubair Al-Makki yang wafat pada tahun
219H.
2. Abu Wahid Musa bin ‘Ali Al-Jarud Al-Makki yang banyak menyalin kitab-kitab
Al-Shafi’i. Tidak diketahui tarikh wafatnya.
3. Abu Ishak Ibrahim bin Muhammad bin Al-‘Abbasi bin ‘Uthman bin Shafi ‘Al-
Muttalibi yang wafat pada tahun 237H.
4. Abu Bakar Muhammad bin Idris yang tidak diketahui tarikh wafatnya.
Sementara di Iraq pula kita menemui ramai para sahabat Imam Al-Shafi’i yang
terkenal, di antara mereka ialah :-
1. Abu ‘Abdullah Ahmad bin Hanbal, Imam Mazhab yang keempat. Beliau wafat
pada tahun 241H.
2. Abu ‘Ali Al-Hasan bin Muhammad Al-Za’farani yang wafat pada tahun 249H.
3. Abu Thaur Ibrahim bin Khalid Al-Kalbi yang wafat pada tahun 240H.
4. Al-Harith bin Suraij Al-Naqqal, Abu ‘Umar. Beliau wafat pada tahun 236H.
5. Abu ‘Ali Al-Husain bin ‘Ali Al-Karabisi yang wafat pada tahun 245H.
6. Abu ‘Abdul RahmanAhmad bin Yahya Al-Mutakallim. Tidak diketahui tarikh
wafatnya.
7. Abu Zaid ‘Abdul Hamid bin Al-Walid Al-Misri yang wafat pada tahun 211H.
8. Al-Husain Al-Qallas. Tidak diketahui tarikh wafatnya.
9. ‘Abdul ‘Aziz bin Yahya Al-Kannani yang wafat pada tahun 240H.
10. ‘Ali bin ‘Abdullah Al-Mudaiyini.
Di Mesir pula terdapat sebilangan tokoh ulama yang kesemua mereka adalah
sahabat Imam Al-Shafi’i, seperti :-
1. Abu Ibrahim Isma’il bin Yahya bin ‘Amru bin Ishak Al-Mudhani yang wafat pada
tahun 264H.
2. Abu Muhammad Al-Rabi’ bin Sulaiman Al-Muradi yang wafat pada tahun 270H.
3. Abu Ya’kub Yusuf bin Yahya Al-Misri Al-Buwaiti yang wafat pada tahun 232H.
4. Abu Najib Harmalah bin Yahya Al-Tajibi yang wafat pada tahun 243H.
5. Abu Musa Yunus bin ‘Abdul A’la Al-Sadaghi yang wafat pada tahun 264H.
6. Abu ‘Abdullah Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Hakam Al-Misri yang wafat
pada tahun 268H.
7. Al-Rabi’ bin Sulaiman Al-Jizi yang wafat pada tahun 256H.
Dari usaha gigih mereka, Mazhab Al-Shafi’i tersebar dan berkembang luas di
seluruh rantau Islam di zaman-zaman berikutnya.
PERKEMBANGAN MAZHAB IMAM AL-SHAFI’I
Menurut Ibn Al-Subki bahawa Mazhab Al-Shafi’I telah berkembang dan menjalar
pengaruhnya di merata-rata tempat, di kota dan di desa, di seluruh rantau
negara Islam. Pengikut-pengikutnya terdapat di Iraq dan kawasan-kawasan
sekitarnya, di Naisabur, Khurasan, Muru, Syria, Mesir, Yaman, Hijaz, Iran dan di
negara-negara timur lainnya hingga ke India dan sempadan negara China.
Penyebaran yang sebegini meluas setidak-tidaknya membayangkan kepada kita
sejauh mana kewibawaan peribadi Imam Al-Shafi’i sebagai seorang tokoh ulama
dan keunggulan Mazhabnya sebagai satu-satunya aliran fiqah yang mencabar
aliran zamannya.
IMAM AL-SHAFI’I DAN PENULISANNYA
Permulaan Mazhabnya
Sebenarnya penulisan Imam Al-Shafi’i secara umumnya mempunyai pertalian
yang rapat dengan pembentukan Mazhabnya. Menurut Muhammad Abu Zahrah
bahawa pwmbentukan Mazhabnya hanya bermula sejak sekembalinya dari
kunjungan ke Baghdad pada tahun 186H. Sebelum itu Al-Shafi’i adalah salah
seorang pengikut Imam Malik yang sering mempertahankan pendapatnya dan
juga pendapat fuqaha’ Al-Madinah lainnya dari kecaman dan kritikan fuqaha’ Ahl
Al-Ra’y. Sikapnya yang sebegini meyebabkan beliau terkenal dengan panggilan
“Nasir Al-Hadith”.
Detik terawal Mazhabnya bermula apabila beliau membuka tempat
pengajarannya (halqah) di Masjid Al-Haram. Usaha beliau dalam
memperkembangkan Mazhabnya itu bolehlah dibahagikan kepada 3 peringkat :
1. Peringkat Makkah (186 – 195H)
2. Peringkat Baghdad (195 – 197H)
3. Peringkat Mesir (199 – 204H)
Dalam setiap peringkat diatas beliau mempunyai ramai murid dan para pengikut
yang telah menerima dan menyebar segala pendapat ijtihad dan juga hasil
kajiannya.
Penulisan Pertamanya
Memang agak sulit untuk menentukan apakah kitab pertama yang dihasilkan
oleh Al-Shafi’i dan di mana dan selanjutnya apakah kitab pertama yang
dihasilkannya dalam Ilmu Fiqah dan di mana? Kesulitan ini adalah berpunca dari
tidak adanya keterangan yang jelas mengenai kedua-dua perkara tersebut.
Pengembaraannya dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan pulangnya
semula ke tempat awalnya tambah menyulitkan lagi untuk kita menentukan di
tempat mana beliau mulakan usaha penulisannya.
Apa yang kita temui – sesudah kita menyemak beberapa buah kitab lama dan
baru yang menyentuh sejarah hidupnya, hanya beberapa tanda yang
menunjukkan bahawa kitabnya “Al-Risalah” adalah ditulis atas permintaan ‘Abdul
Rahman bin Mahdi, iaitu sebuah kitab di dalam Ilmu Usul, pun keterangan ini
tidak juga menyebut apakah kitab ini merupakan hasil penulisannya yang
pertama atau sebelumnya sudah ada kitab lain yang dihasilkannya.
Di samping adanya pertelingkahan pendapat di kalangan ‘ulama berhubung dengan tempat
di mana beliau menghasilkan penulisan kitabnya itu. Ada pendapat yang
mengatakan bahawa beliau menulisnya sewaktu beliau berada di Makkah dan
ada juga pendapat yang mengatakan bahawa beliau menulisnya ketika berada di
Iraq.
Kata Ahmad Muhammad Shakir : “Al-Shafi’I telah mengarang beberapa buah
kitab yang jumlahnya agak besar, sebahagiannya beliau sendiri yang
menulisnya, lalu dibacakannya kepada orang ramai. Sebahagiannya pula beliau
merencanakannya sahaja kepada para sahabatnya. Untuk mengira bilangan
kitab-kitabnya itu memanglah sukar kerana sebahagian besarnya telahpun
hilang. Kitab-kitab itu telah dihasilkan penulisannya ketika beliau berada di
Makkah, di Baghdad dan di Mesir”.
Kalaulah keterangan di atas boleh dipertanggungjawabkan maka dapatlah kita
membuat satu kesimpulan bahawa Al-Shafi’i telah memulakan siri penulisannya
sewaktu beliau di Makkah lagi, dan kemungkinan kitabnya yang pertama yang
dihasilkannya ialah kitab “Al-Risalah”.
Al-Hujjah Dan Kitab-kitab Mazhab Qadim
Di samping “Al-Risalah” terdapat sebuah kitab lagi yang sering disebut-sebut
oleh para ulama sebagai sebuah kitab yang mengandungi fatwa Mazhab
Qadimnya iaitu “Al-Hujjah”. Pun keterangan mengenai kitab ini tidak
menunjukkan bahawa ia adalah kitab pertama yang di tulis di dala bidang Ilmu
Fiqah semasa beliau berada di Iraq, dan masa penulisannya pun tidak begitu
jelas. Menurut beberapa keterangan, beliau menghasilkannya sewaktu beliau
berpindah ke negara itu pada kali keduanya, iaitu di antara tahun-tahun 195 –
197H.
Bersama-sama “Al-Hujjah” itu terdapat beberapa buah kitab lain di dalam Ilmu
Fiqah yang beliau hasilkan sendiri penulisannya atau beliau merencanakannya
kepada para sahabatnya di Iraq, antaranya seperti kitab-kitab berikut :-
1. Al-Amali
2. Majma’ al-Kafi
3. ‘Uyun al-Masa’il
4. Al-Bahr al-Muhit
5. Kitab al-Sunan
6. Kitab al-Taharah
7. Kitab al-Solah
8. Kitab al-Zakah
9. Kitab al-Siam
10. Kitab al-Haj
11. Bitab al-I’tikaf
12. Kitab al-Buyu’
13. Kitab al-Rahn
14. Kitab al-Ijarah
15. Kitab al-Nikah
16. Kitab al-Talaq
17. Kitab al-Sadaq
18. Kitab al-Zihar
19. Kitab al-Ila’
20. Kitab al-Li’an
21. Kitab al-Jirahat
22. Kitab al-Hudud
23. Kitab al-Siyar
24. Kitab al-Qadaya
25. Kitab Qital ahl al-Baghyi
26. Kitab al-‘Itq dan lain-lain
Setengah perawi pula telah menyebut bahawa kitab pertama yang dihasilkan
oleh Al-Shafi’i adalah di dalam bentuk jawapan dan perdebatan, iaitu satu
penulisan yang dituju khas kepada fuqaha’ ahl al-Ra’y sebagai menjawab
kecaman-kecaman mereka terhadap Malik dan fuqaha’ Al-Madinah.
Kenyataan mereka ini berdasarkan kepada riwayat Al-Buwaiti : “Kata Al-Shafi’i : Ashab Al-
Hadith (pengikut Imam Malik) telah berhimpun bersama-sama saya. Mereka
telah meminta saya menulis satu jawapan terhadap kitab Abu Hanifah. Saya
menjawab bahawa saya belum lagi mengetahui pendapat mereka, berilah
peluang supaya dapat saya melihat kitab-kitab mereka. Lantas saya meminta
supaya disalinkan kitab-kitab itu.
Lalu disalin kitab-kitab Muhammad bin Al-Hasan
untuk (bacaan) saya. Saya membacanya selama setahun sehingga saya dapat
menghafazkan kesemuanya. Kemudian barulah saya menulis kitab saya di
Baghdad.
Kalaulah berdasarkan kepada keterangan di atas, maka kita pertama yang
dihasilkan oleh Al-Shafi’i semasa beliau di Iraq ialah sebuah kitab dalam bentuk
jawapan dan perdebatan, dan cara penulisannya adalah sama dengan cara
penulisan ahl al-Ra’y. Ini juga menunjukkan bahawa masa penulisannya itu lebih
awal dari masa penulisan kitab “Al-Risalah”, iaitu di antara tahun-tahun 184 –
186H.
Method Penulisan Kitab-Kitab Qadim
Berhubung dengan method penulisan kitab “Al-Hujjah” dan lain-lain belum dapat
kita pastikan dengan yakin kerana sikap asalnya tida kita temui, kemungkinan
masih lagi ada naskah asalnya dan kemungkinan juga ianya sudah hilang atau
rosak dimakan zaman.
Walaubagaimanapun ia tidak terkeluar – ini hanya satu
kemungkinan sahaja – dari method penulisan zamannya yang dipengaruhi
dengan aliran pertentangan mazhab-mazhab fuqaha’ di dalam beberapa
masalah, umpamanya pertentangan yang berlaku di antara mazhab beliau
dengan Mazhab Hanafi da juga Mazhab Maliki. Keadaan ini dapat kita lihat
dalam penulisan kitab “Al-Um” yang pada asalnya adalah kumpulan dari
beberapa buah kitab Mazhab Qadimnya.
Setiap kitab itu masing-masing
membawa tajuknya yang tersendiri, kemudian kita itu pula dipecahkan kepada
bab-bab kecil yang juga mempunyai tajuk-tajuk yang tersendiri. Di dalam setiap
bab ini dimuatkan dengan segala macam masalah fiqah yang tunduk kepada
tajuk besar iaitu tajuk bagi sesuatu kitab, umpamanya kitab “Al-Taharah”, ia
mengandungi tiga puluh tujuh tajuk bab kecil, kesemua kandungan bab-bab itu
ada kaitannya dengan Kitab “Al-Taharah”.
Perawi Mazhab Qadim
Ramai di antara para sahabatnya di Iraq yang meriwayat fatwa qadimnya, di
antara mereka yang termasyhur hanya empat orang sahaja :
1. Abu Thaur, Ibrahim bin Khalid yang wafat pada tahun 240H.
2. Al-Za’farani, Al-Hasan bin Muhammad bin Sabah yang wafat pada tahun
260H.
3. Al-Karabisi, Al-Husain bin ‘Ali bin Yazid, Abu ‘Ali yang wafat pada tahun 245H.
4. Ahmad bin Hanbal yang wafat pada tahun 241H.
Menurut Al-Asnawi, Al-Shafi’i adalah ‘ulama’ pertama yang hasil penulisannya
meliputi banyak bab di dalam Ilmu Fiqah.
Perombakan Semula Kitab-kitab Qadim
Perpindahan beliau ke Mesir pada tahun 199H menyebabkan berlakunya satu
rombakan besar terhadap fatwa lamanya. Perombakan ini adalah berpunca dari
penemuan beliau dengan dalil-dalil baru yang belum ditemuinya selama ini, atau
kerana beliau mendapati hadis-hadis yang sahih yang tidak sampai ke
pengetahuannya ketika beliau menulis kitab-kitab qadimnya, atau kerana hadishadis
itu terbukti sahihnya sewaktu beliau berada di Mesir sesudah
kesahihannya selama ini tidak beliau ketahui. Lalu dengan kerana itu beliau telah
menolak sebahagian besar fatwa lamanya dengan berdasarkan kepada
prinsipnya : “Apabila ditemui sesebuah hadis yang sahih maka itulah Mazhab
saya”.
Di dalam kitab “Manaqib Al-Shafi’i”, Al-Baihaqi telah menyentuh nama beberapa
buah kitab lama (Mazhab Qadim) yang disemak semula oleh Al-Shafi’i dan
diubah sebahagian fatwanya, di antara kitab-kitab itu ialah :-
1. Al-Risalah
2. Kitab al-Siyam
3. Kitab al-Sadaq
4. Kitab al-Hudud
5. Kitab al-Rahn al-Saghir
6. Kitab al-Ijarah
7. Kitab al-Jana’iz
Menurut Al-Baihaqi lagi Al-shafi’i telah menyuruh supaya dibakar kitab-kitab
lamanya yang mana fatwa ijtihadnya telah diubah.
Catatan Al-Baihaqi itu menunjukkan bahawa Al-Shafi’i melarang para sahabatnya
meriwayat pendapat-pendapat lamanya yang ditolak kepada orang ramai.
Walaupun begitu kita masih menemui pendapat-pendapat itu berkecamuk di
sana-sini di dalam kitab-kitab fuqaha’ mazhabnya samada kitab-kitab yang ditulis
fuqaha’ yang terdahulu atau pun fuqaha’ yang terkemudian. Kemungkinan hal ini
berlaku dengan kerana kitab-kitab lamanya yang diriwayatkan oleh Al-Za’farani,
Al-Karabisi dan lain-lain sudah tersebar dengan luasnya di Iraq dan diketahui
umum, terutamanya di kalangan ulama dan mereka yang menerima pendapatpendapatnya
itu tidak mengetahui larangan beliau itu.
Para fuqaha’ itu bukan sahaja mencatat pendapat-pendapat lamanya di dalam
penulisan mereka, malah menurut Al-Nawawi ada di antara mereka yang berani
mentarjihkan pendapat-pendapat itu apabila mereka mendapatinya disokong
oleh hadis-hadis yang sahih.
Pentarjihan mereka ini tidak pula dianggap menentangi kehendak Al-Shafi’i,
malahan itulah pendapat mazhabnya yang berdasarkan kepada prinsipnya :
“Apabila ditemui sesebuah hadis yang sahih maka itulah mazhab saya”.
Tetapi apabila sesuatu pendapat lamanya itu tidak disokong oleh hadis yang
sahih kita akan menemui dua sikap di kalangan fuqaha’ Mazhab Al-Shafi’i :-
Pertamanya : Pendapat itu harus dipilih dan digunakan oleh seseorang mujtahid
Mazhab Al-Shafi’i atas dasar ia adalah pendapat Al-Shafi’i yang tidak
dimansuhkan olehnya, kerana seseorang mujtahid (seperti Al-Shafi’i) apabila ia
mengeluarkan pendapat barumya yang bercanggah dengan pendapat lamanya
tidaklah bererti bahawa ia telah menarik pendapat pertamanya, bahkan di dalam
masalah itu dianggap mempunyai dua pendapatnya.
Keduanya : Tidak harus ia memilih pendapat lama itu. Inilah pendapat jumhur
fuqaha’ Mazhab Al-Shafi’i kerana pendapat lama dan baru adalah dua
pendapatnya yang bertentangan yang mustahil dapat diselaraskan keduaduanya.
Kitab-kitab Mazhab Jadid
Di antara kitab-kitab yang beliau hasilkan penulisannya di Mesir atau beliau
merencanakannya kepada para sahabatnya di sana ialah :-
i. Al-Risalah. Kitab ini telah ditulis buat pertama kalinya sebelum beliau
berpeindah ke Mesir.
ii. Beberapa buah kitab di dalam hukum-hukum furu’ yang terkandung di dalam
kitab “Al-Um”, seperti :-
a) Di dalam bab Taharah :
1. Kitab al-Wudu’
2. Kitab al-Tayammum
3. Kitab al-Taharah
4. Kitab Masalah al-Mani
5. Kitab al-Haid
B) Di dalam bab Solah :
6. Kitab Istiqbal al-Qiblah
7. Kitab al-Imamah
8. Kitab al-Jum’ah
9. Kitab Solat al-Khauf
10. Kitab Solat al-‘Aidain
11. Kitab al-Khusuf
12. Kitab al-Istisqa’
13. Kitab Solat al-Tatawu’
14. Al-Hukm fi Tarik al-Solah
15. Kitab al-Jana’iz
16. Kitab Ghasl al-Mayyit
c) Di dalam bab Zakat :
17. Kitab al-Zakah
18. Kitab Zakat Mal al-Yatim
19. Kitab Zakat al-Fitr
20. Kitab Fard al-Zakah
21. Kitab Qasm al-Sadaqat
d) Di dalam bab Siyam (Puasa) :
22. Kitab al-Siyam al-Kabir
23. Kitab Saum al-Tatawu’
24. Kitab al-I’tikaf
e) Di dalam bab Haji :
25. Kitab al-Manasik al-Kabir
26. Mukhtasar al-Haj al-Kabir
27. Mukhtasar al-Haj al-Saghir
f) Di dalam bab Mu’amalat :
28. Kitab al-Buyu’
29. Kitab al-Sarf
30. Kitab al-Salam
31. Kitab al-Rahn al-Kabir
32. Kitab al-Rahn al-Saghir
33. Kitab al-Taflis
34. Kitab al-Hajr wa Bulugh al-Saghir
35. Kitab al-Sulh
36. Kitab al-Istihqaq
37. Kitab al-Himalah wa al-Kafalah
38. Kitab al-Himalah wa al-Wakalah wa al-Sharikah
39. Kitab al-Iqrar wa al-Mawahib
40. Kitab al-Iqrar bi al-Hukm al-Zahir
41. Kitab al-Iqrar al-Akh bi Akhihi
42. Kitab al-‘Ariah
43. Kitab al-Ghasb
44. Kitab al-Shaf’ah
g) Di dalam bab Ijarat (Sewa-menyewa) :
45. Kitab al-Ijarah
46. Kitab al-Ausat fi al-Ijarah
47. Kitab al-Kara’ wa al-Ijarat
48. Ikhtilaf al-Ajir wa al-Musta’jir
49. Kitab Kara’ al-Ard
50. Kara’ al-Dawab
51. Kitab al-Muzara’ah
52. Kitab al-Musaqah
53. Kitab al-Qirad
54. Kitab ‘Imarat al-Aradin wa Ihya’ al-Mawat
h) Di dalam bab ‘Ataya (Hadiah-menghadiah) :
55. Kitab al-Mawahib
56. Kitab al-Ahbas
57. Kitab al-‘Umra wa al-Ruqba
i) Di dalam bab Wasaya (Wasiat) :
58. Kitab al-Wasiat li al-Warith
59. Kitab al-Wasaya fi al-‘Itq
60. Kitab Taghyir al-Wasiah
61. Kitab Sadaqat al-Hay’an al-Mayyit
62. Kitab Wasiyat al-Hamil
j) Di dalam bab Faraid dan lain-lain :
63. Kitab al-Mawarith
64. Kitab al-Wadi’ah
65. Kitab al-Luqatah
66. Kitab al-Laqit
k) Di dalam bab Nikah :
67. Kitab al-Ta’rid bi al-Khitbah
68. Kitab Tahrim al-Jam’i
69. Kitab al-Shighar
70. Kitab al-Sadaq
71. Kitab al-Walimah
72. Kitab al-Qism
73. Kitab Ibahat al-Talaq
74. Kitab al-Raj’ah
75. Kitab al-Khulu’ wa al-Nushuz
76. Kitab al-Ila’
77. Kitab al-Zihar
78. Kitab al-Li’an
79. Kitab al-‘Adad
80. Kitab al-Istibra’
81. Kitab al-Rada’
82. Kitab al-Nafaqat
l) Di dalam bab Jirah (Jenayah) :
83. Kitab Jirah al-‘Amd
84. Kitab Jirah al-Khata’ wa al-Diyat
85. Kitab Istidam al-Safinatain
86. Al-Jinayat ‘ala al-Janin
87. Al-Jinayat ‘ala al-Walad
88. Khata’ al-Tabib
89. Jinayat al-Mu’allim
90. Jinayat al-Baitar wa al-Hujjam
91. Kitab al-Qasamah
92. Saul al-Fuhl
m) Di dalam bab Hudud :
93. Kitab al-Hudud
94. Kitab al-Qat’u fi al-Sariqah
95. Qutta’ al-Tariq
96. Sifat al-Nafy
97. Kitab al-Murtad al-Kabir
98. Kitab al-Murtad al-Saghir
99. Al-Hukm fi al-Sahir
100. Kitab Qital ahl al-Baghy
n) Di dalam bab Siar dan Jihad :
101. Kitab al-Jizyah
102. Kitab al-Rad ‘ala Siyar al-Auza’i
103. Kitab al-Rad ‘ala Siyar al-Waqidi
104. Kitab Qital al-Mushrikin
105. Kitab al-Asara wa al-Ghulul
106. Kitab al-Sabq wa al-Ramy
107. Kitab Qasm al-Fai’ wa al-Ghanimah
o) Di dalam bab At’imah (Makan-makanan) :
108. Kitab al-Ta’am wa al-Sharab
109. Kitab al-Dahaya al-Kabir
110. Kitab al-Dahaya al-Saghir
111. Kitab al-Said wa al-Dhabaih
112. Kitab Dhabaih Bani Israil
113. Kitab al-Ashribah
p) Di dalam bab Qadaya (Kehakiman) :
114. Kitab Adab al-Qadi
115. Kitab al-Shahadat
116. Kitab al-Qada’ bi al-Yamin ma’a al-Shahid
117. Kitab al-Da’wa wa al-Bayyinat
118. Kitab al-Aqdiah
119. Kitab al-Aiman wa al-Nudhur
q) Di dalam bab ‘Itq (Pembebasan) dan lain-lain :
120. Kitab al-‘Itq
121. Kitab al-Qur’ah
122. Kitab al-Bahirah wa al-Sa’ibah
123. Kitab al-Wala’ wa al-Half
124. Kitab al-Wala’ al-Saghir
125. Kitab al-Mudabbir
126. Kitab al-Mukatab
127. Kitab ‘Itq Ummahat al-Aulad
128. Kitab al-Shurut
Di samping kitab-kitab di atas ada lagi kitab-kitab lain yang disenaraikan oleh al-
Baihaqi sebagai kitab-kitab usul, tetapi ia juga mengandungi hukum-hukum furu’,
seperti :-
1. Kitab Ikhtilaf al-Ahadith
2. Kitab Jima’ al-Ilm
3. Kitab Ibtal al-Istihsan
4. Kitan Ahkam al-Qur’an
5. Kitab Bayan Fard al-Lah, ‘Azza wa Jalla
6. Kitab Sifat al-Amr wa al-Nahy
7. Kitab Ikhtilaf Malik wa al-Shafi’i
8. Kitab Ikhtilaf al-‘Iraqiyin
9. Kitab al-Rad ‘ala Muhammad bin al-Hasan
10. Kitab ‘Ali wa ‘Abdullah
11. Kitab Fada’il Quraysh
Ada sebuah lagi kitab al-Shafi’i yang dihasilkannya dalam Ilmu Fiqah iaitu “al-
Mabsut”. Kitab ini diperkenalkan oleh al-Baihaqi dan beliau menamakannya
dengan “al-Mukhtasar al-Kabir wa al-Manthurat”, tetapi pada pendapat setengah
ulama kemungkinan ia adalah kitab “al-Um”.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Barangsiapa yang menghormati dan menghargai orang lain maka sebenarnya dia sedang menghormati dan menghargai dirinya sendiri